Thursday 8 May 2014

apabila aku menulis.............: MERONDA KAT HUTAN FRIM

apabila aku menulis.............: MERONDA KAT HUTAN FRIM: ASSALAMUALAIKUM.... ha, harini dah sampai kat sini , kul 10 lak tu baru sampai, hehe semangat berkobar2 nak naik titi hayun tu, kita orang...

MERONDA KAT HUTAN FRIM

ASSALAMUALAIKUM....
ha, harini dah sampai kat sini , kul 10 lak tu baru sampai, hehe semangat berkobar2 nak naik titi hayun tu,
kita orang dari Rawang selangor  so x jauh pun nak datang sini,
nak masuk sini dikenakan bayaran RM6 yaitu rm4 untuk kenderaan rm2 untuk setiap individu, memandangkan kali pertama jejak kaKi kat sini, kami bertanya guard kat mana nak g titi gantung tuh , upanya kena gi kat D6 untuk amik tiket pulak..kna bayar lagik ,,huhuhu
dah sampai kat D6 ,kami cari parking yg sesuai ,maklumlah hari minggu ni penuh orang kan,aku mencari kaunter D6 ,ramai juga yg beratur nak bli tiket .setelah mendaftar kan diri kami dikenakan Rm5 seorang untuk naik CANOPY WALK 
pengawal kaunter bertanya Cik pernah datang sini ,lantas aku geleng kepala, ok saya bg map guide kat awak untuk memudahkan perjalanan, untuk sampai ke titi gantung tu kamu kena daki canopy walk dulu sejauh 900m dalam 2 jam perjalanan, lepas canopy walk kamu akan jumpa titi gantung ,lepas menharungi titi gantung kamu kena turun bukit selepas itu baru jumpa picnic area ( air terjun) selepas bayar aku keluar mendapatkan si dia, u ni caj bayaran untuk naik ke titi gantung,nak ke sana makan masa 2 jam perjalanan ,,hehe aku tgk muka dia dah cuak ,aku buat muka selamba aje,, alah bukan sokmo pun kan.
map & guide bg yg pertama kali jejak kaki kat sini,hehe sini hutan beb kang sosat haruu..
tanpa melengahkan masa kami mulakan perjalanan , mujur beg x berat cuma berisi bekal nasi yg ditapau kat kedai mamak. 10 minit perjalanan rasa seronok sangat sebb dikelilingi hutan dan bunyi unggas..
mata aku mula meliar kanan kiri atas bawah menikmati panorama hutan 

.besar2 dan gemuk2 belaka pokok2 kat sini, sebenarnya kat FRIM ni ada banyak ZON aitu zon A, guard House, Zon B Wetland Area tempat untuk melihat burung dan untuk kaki fotografi untuk merakam gambar burung)
Zon C adalah Zon Botanik yang menempatkan pokok pokok herba dan juga menjadi kajian para ahli perubatan Zon D zon yg menempatkan pokok pokok yg menjalar pokok2 hutan Keruing Tail 
Zon D Salleh Nature Trail  Zon H dipterocarp Arboratum menempatkan pokoko besar dari keluarga Dipterocarpaceae.Zon G pula menempatkan rumah traditional Terengganu  yang diangkat dari Pulau rusa,Rumah yg diperbuat dari kayu cengal yg dibina tanpa mengunakan paku, selain dari itu di Zon G juga menempatkan Picnic area tempat untuk berkelah selepas penat bercanopy walk ..
dah 30 minit berjalan kami akan memulakan pendakian Canopy walk ..jeng jeng jeng...
hoho bila dah mula mendaki aku rasa nak berpatah balik aje,,mak oiii bukit tinggi campur perjalanan yg jauh  buat aku rasa nak menitis air mata hehe, disebabkan fikir nak naik titi gantung tu aku gagahkan jua pendakian yg amat melenguhkan kaki hehe,,
sepanjang perjalanan kami ditegur sapa oleh para para jogger dan team yg sama 2 naik dan turun walkway ni...ad org tua ada budak kecik ada org tua...

tgk tu ad yg bawa ank lagi,kat depan kami ni ad satu family dari india ,antie tu naik canopywalk ni siap paki sari lagi, naik bukit curam huh   teror lah antie ni...
x bnyak gambar yg nak di snap sebb penat hehe camera ntah kat mana...jauh lagi nak sampai kat titi gantung..
sempat snap2 masa ni dah nak sampi titi gantung

                                              pokok pokok hutan

da sampi kat canopy walk way
                                         hehe perasaan gembira campur takut

kena tunggu turn untuk naik boleh naik 6 orang je sekaligus so sebelum turn kita orang.kami snap2 sekitar canopy walk ni 

melepaskan lelah sebentar hehe




acara yg dinanti naik titi gantung weeeeeee...





kat sini leh naik 6 orang aje x boleh lebih,  fuh  aku jalan slow aje aku kira kura-kura lagi laju kot, 
sambil meniti aku memandang ke bawah ,terfikir klu titi ni tetiba putus , sampi di pertengahan , aku ad terdengar bunyi papan bergesel, ase lembik kaki nak meneruskan perjalanan kaki rasa kaku 


dekat sejam juga la kat atas ni , sambil beriqtifar aku teruskan perjalanan ..
moga selamat sampai ke penghujung dah x sanggup rasa nak duk lama lama atas titi ni

akhir nya hehe syukur alhamdulillah  sampai ke penghujung jua...


masa teruskan perjalanan nak pergi picnic area , cuci tangan kat air bukit ni,, ermmm jauh lagi nak sampai picnic area..sebenarnya canopy walk hanya berpusing di sekeliling hutan itu sahaja  selepas itu kami menuruni bukit yg menghubungkan laluan yg mula mula kami lalui tadi ...hehe ..ok kami teruskan perjalanan sampi ke Zon g aitu picnic area 

map guide untuk ke picnic area
nak sampi kat sini pun dalam 10 minit naik kereta klu berjalan kaki ..hehe x tau nak cakp
kira kira 30 minit juga lah..
taraaaa..dah sampi pun ...
lepaskan lelah sambil berendam kaki 
ikan kelah dalam ni bnyak , habis kaki aku kna gigit dgn ikan ni
setelah rehat2 kami mandi ala kadar pastu terus siap2 untuk balik memandangkan hari nak hujan
sebelum sampai kat rumah guard singgah sebentar kat rumah terengganu ni.


dah puas jelajah kami pun balik dengan senang hati....hehe lain kali nk dtg lagi tp x nk naik canopy walk ag dah serik...nak kayuh basikal ,masuk taman botani dan jelajah kebun2 dalam ni pulak...
insyaalah ad mas dan dikurniakan kesihatan yang baik kami akn datang kembali di sini...











SATU HARI DI FRIM KEPONG KUALA LUMPUR

Assalamualaikum,
kali ni saya nak cite fasal beriadah kat taman layang2 kepong dan kat hutan simpan FRIM tu..
excelly dah bnyak kali mai, tapi sokmo sesat , maklumlah sy bukan org kl sejati  hehe, beberapa kali sokmo sesak x last jumpe juga ,Alhamdulillah , hari sabtu 3 hb sy datang berjogging kat sini dengan my darling hehe kul 7 pagi dah sampai, ramai nya orang hehe,,




berjoging x la lama mana pun bergambar je lebih, hehe ..maklumlah x de warm up, lari x sampai 500 m dah semput hehe , .. so dah puas bergambar kitaorang pun balik ,
dalam perjalanan nak balik kita orang singgah sekejap dekat FRIM , memandangkan dah tengahari , kita orang singgah sekejap aje dan buat keputusan nak datang semula ke esok hari nya..

Thursday 27 March 2014

apabila aku menulis.............: BISUL

apabila aku menulis.............: BISUL: Harini  saya nak poskan  cerita  mengenai Bisul..... Jum baca apa itu bisul  ( sumber dari google ) Bisul ialah jangkitan pada folikel ...

BISUL

Harini  saya nak poskan  cerita  mengenai Bisul.....

Jum baca apa itu bisul  ( sumber dari google )

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan  penghasilan nanah atau abses.  Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

Kemunculan dan Lokasinya - Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit.  Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman “Staphylococcus Aureus” iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot.

Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung, muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung. Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama.Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes.

Penjagaan Sendiri
  • Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
  • Elak diri dari memakai pakaian yang ketat.
  • Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
  • Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
  • Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
  • Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
  • Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
  • Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
  • Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain. Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
  • Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yangterkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
PETUA RAWATAN
1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

selain dari itu  

boleh guna plaster  koyok kodok 
kat kedai cina ada bnyak jual  rm 60 sen aje sekeping
 . cara nak pakai dia mudah je.. Layur sikit kat api bagi benda hitam tu lembik sikit(hati2..takut panas)..kalau xde lighter, iron or letak tepi heater kat dapur jap pun boleh..pastu tempek kat bisul tu..






Wednesday 26 March 2014

apabila aku menulis.............: IMBAS SEMULA

apabila aku menulis.............: IMBAS SEMULA: Harini terasa rajin nak kemas  fail yg berisi form pos laju,  kutip mana yang berterabur dan susun.. owhh   hampir banyak juga la  form lam...

IMBAS SEMULA

Harini terasa rajin nak kemas  fail yg berisi form pos laju,  kutip mana yang berterabur dan susun..
owhh   hampir banyak juga la  form lama yg aku simpan ni. boleh buat khazanah ..
sebenarnya sayang nak buang  form ni , bukan ape bila tgk je form ni baru  rasa semangat nak niaga online,
terima kasih pada semua buyer yang percayakn saya selama ni...