Friday 22 November 2013

NOVEL OH NOVEL

Assalamualaikum selamat petang ...........

Harini saya nak tulis cerita tentang NOVEL.  ok semua orang suka baca novel kan,,x kiralah novel cinta atau seram.., saya juga x terkecuali minat membaca novel boleh dikatakan sebulan sekali akan beli novel......sedar x sedar dah 5 tahun saya  peminat setia novel...
novel-novel yang saya beli separuh saya hantar kampung, separuh bawa simpan ofis, separuh bagi kawan simpan dan separuh saya jual separuh harga......
saya suka novel yang ada unsur seram seperti karya zaifuzaman sidek, ramli awang murshid,
kalau novel yang ada humor saya suka beli karya wan azlan..dan klu yang ada kisah kisah cinta saya x pilih siapa penulis nya janji sedap dibaca ..layan jer kan.....

         ni sebahagian daripada novel yang saya beli..tajuk x ingat sebb bnyak sangat....





Wednesday 20 November 2013

8 CARA KENALI LELAKI PENYAYANG


1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu saya tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa saya berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)

Tuesday 19 November 2013

KENAPA SUKAR UNTUK LAFAZKAN MAAF

Sebahagian orang sukar untuk  mengungkapkan kata 'terima kasih atau memohon maaf .Biasanya orang seperti ini merasa boleh  melakukan semuanya dan setengah lupa bahwa mereka memerlukan orang lain. Atau, mereka bukan  yang peka pada orang lain.
Ada juga orang yang sukart mengucapkan kata maaf, dan lagi-lagi kerana ego. Memang sudah menjadi cerita lama bahwa mengucapkan maaf dan terima kasih itu sulit sekali dilakukan banyak orang, kesukaran mengucapkan berbagai kata lainnya. Saat kita masih kecil, kita selalu diajarkan untuk berkata terima kasih dan maaf, dan kedua kata itu terungkap dengan mudah dari mulut kecil kita.
Namun ketika dewasa, kedua ungkapan tersebut sepertinya ikut bertambah berat seperti berat badan tubuh kita yang melonjak karena pertumbuhan. Bahkan mungkin bisa lebih. Mengucapkan terima kasih mungkin masih bisa dilakukan dengan tulus, namun tidak demikian nasibnya dengan kata maaf.
Misalnya ketika kita remaja, selisih pendapat dengan orang tua. Saling diam antara kita dengan ayah atau bunda semalaman. Esok paginya ketika penyesalan berlabuh, kata 'maaf' rasanya sudah di ujung lidah, namun begitu sulit keluar. Atau ketika kita sedang marahan dengan pacar, dan lagi-lagi penyesalan datang. Namun ketika kita ingin minta maaf, malah menjabarkannya menjadi berbagai ungkapan tak berujung dan membuat kita berakhir dengan kehabisan kata kata.


Maaf itu sering dianggap sebagai kekalahan. Pembuktian bahwa kita 'tersandung', salah, dan jatuh... dan malu. Ada rasa malu yang menyergap dalam sebuah penyesalan atas kesalahan. Namun menuruti rasa malu pun tak akan menyelesaikan masalah. Menurutinya hanya akan membuat kita menunda makin lama sehingga kata 'maaf' ini terpendam begitu sahaja.
, tak ada seorang pun yang sempurna. Kadang hidup ini bukan masalah menang atau kalah, karena kita pun tak bisa hidup tanpa orang lain yang menyayangi kita maupun musuh kita. Maaf adalah sebuah ungkapan besar yang merefleksikan cara pandang kita dalam menghargai sebuah hubungan, sebuah pengalaman dan pelajaran di dalamnya.Dan kata 'maaf' mungkin tak bisa mengembalikan keadaan seperti semula, namun setidaknya ia menyelamatkan hidup Anda dari dendam dan ketakutan.
Jangan ragu dan takut mengatakan 'maaf'. Satu kata dengan sejuta makna ini tak akan pernah menunjukkan kehebatannya kalau Anda tak segera mengungkapkannya. Mari menjadi pribadi yang lebih bijaksana dan sportif untuk mengakui kesalahan  Semoga bermanfaat,...

Thursday 14 November 2013

apabila aku menulis.............: JALAN JALAN GUNUNG LANG IPOH

apabila aku menulis.............: JALAN JALAN GUNUNG LANG IPOH: ASSALAMUALAIKUM...... ni semua haritu punya cerita , hobi saya suka berjalan -jalan maklumlah kecik2 dulu arwah baba payah nak bawa jalan ...

JALAN JALAN GUNUNG LANG IPOH

ASSALAMUALAIKUM......

ni semua haritu punya cerita , hobi saya suka berjalan -jalan maklumlah kecik2 dulu arwah baba payah nak bawa jalan jalan  so bila semua dah besar dan dah bekerja saya amik peluang untuk berjalan jalan.....ermmmm  korang pernah dengar gunung lang X ??
orang ipoh mesti tau kan...aku datang sini kebetulan attand majlis kawen kawan kat ipoh ..so dah alang2 seluk pekasam kan...biar sampai pangkal lengan...


                     GUNUNG LANG IPOH


                                              POSE JAP HEHEHE


                                                      GIFT FOR NANA

                                                 
                                           MY FWENZ  NANA ..WEDDING



                                          NI PIC KAT JETTY TU IKAN BNYAK SUNGGUH 




                                          NAIK BOT KE SEBERANG SANA 


ANTARA TEMPAT MENARIK KAT SANA


x banyak pic yang aku amik kat sana..hehe 
mai la jalan jalan kat sini pasti puas hati ....


apabila aku menulis.............: ANDAI LELAKI TAHU

apabila aku menulis.............: ANDAI LELAKI TAHU: Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di ...

apabila aku menulis.............: ANDAI LELAKI TAHU

apabila aku menulis.............: ANDAI LELAKI TAHU: Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di ...

ANDAI LELAKI TAHU

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan
. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday 13 November 2013

JALAN JALAN MANDI MANDA AIR TERJUN BENTONG PAHANG

Assalamualaikum...

harini cerita tentang mandi sungai @ mandi air terjun...air terjun yg saya pergi ni dekat Bentong Pahang..
Tempat nya cantik, ni kali pertama saya datang kat sini...ni pun diajak seorang teman ..
dengan muka x malu nya saya join family day diorang hehehe  (^^, ).........

ok ni sekitar air terjun tu.....masa saya pergi tu x mandi pun .bergambo jer lebey....

 aku dari rawang so x jauh la perjalanan nya...da nampak kan ..


saya, sis su dan adik noni..


cantik x pemandangan air terjun ni





                                            saya ..hehhee







BAHULU PANAS

BAULU PANAS

Ermmm bau aroma bahulu pasti membangkit rasa lapar kan??
apatah lagi hujan hujan macam ni... makan bahulu panas cecah kopi ooo
wahh...terangkat beb.....acctualy saya bukan lah penggemar bahulu tetapi sy suka tgk bahulu yg comel dan pelbagai bentuk...dan bau nya yg wangi......





Assalamualaikum......
ermmm lamanya x buka blog...hampir setahun lebih rasa nya.....
sejak sejak sekarang ni terlalu busy sampi x sempat nk jenguk blog ni...
harap semua kawan kawan dalam ni sihat hendak nya....
insyaalah klu berkesempatan saya akan menulis lagi dalam ni......
jumpa lagi...