Thursday 8 May 2014

apabila aku menulis.............: MERONDA KAT HUTAN FRIM

apabila aku menulis.............: MERONDA KAT HUTAN FRIM: ASSALAMUALAIKUM.... ha, harini dah sampai kat sini , kul 10 lak tu baru sampai, hehe semangat berkobar2 nak naik titi hayun tu, kita orang...

MERONDA KAT HUTAN FRIM

ASSALAMUALAIKUM....
ha, harini dah sampai kat sini , kul 10 lak tu baru sampai, hehe semangat berkobar2 nak naik titi hayun tu,
kita orang dari Rawang selangor  so x jauh pun nak datang sini,
nak masuk sini dikenakan bayaran RM6 yaitu rm4 untuk kenderaan rm2 untuk setiap individu, memandangkan kali pertama jejak kaKi kat sini, kami bertanya guard kat mana nak g titi gantung tuh , upanya kena gi kat D6 untuk amik tiket pulak..kna bayar lagik ,,huhuhu
dah sampai kat D6 ,kami cari parking yg sesuai ,maklumlah hari minggu ni penuh orang kan,aku mencari kaunter D6 ,ramai juga yg beratur nak bli tiket .setelah mendaftar kan diri kami dikenakan Rm5 seorang untuk naik CANOPY WALK 
pengawal kaunter bertanya Cik pernah datang sini ,lantas aku geleng kepala, ok saya bg map guide kat awak untuk memudahkan perjalanan, untuk sampai ke titi gantung tu kamu kena daki canopy walk dulu sejauh 900m dalam 2 jam perjalanan, lepas canopy walk kamu akan jumpa titi gantung ,lepas menharungi titi gantung kamu kena turun bukit selepas itu baru jumpa picnic area ( air terjun) selepas bayar aku keluar mendapatkan si dia, u ni caj bayaran untuk naik ke titi gantung,nak ke sana makan masa 2 jam perjalanan ,,hehe aku tgk muka dia dah cuak ,aku buat muka selamba aje,, alah bukan sokmo pun kan.
map & guide bg yg pertama kali jejak kaki kat sini,hehe sini hutan beb kang sosat haruu..
tanpa melengahkan masa kami mulakan perjalanan , mujur beg x berat cuma berisi bekal nasi yg ditapau kat kedai mamak. 10 minit perjalanan rasa seronok sangat sebb dikelilingi hutan dan bunyi unggas..
mata aku mula meliar kanan kiri atas bawah menikmati panorama hutan 

.besar2 dan gemuk2 belaka pokok2 kat sini, sebenarnya kat FRIM ni ada banyak ZON aitu zon A, guard House, Zon B Wetland Area tempat untuk melihat burung dan untuk kaki fotografi untuk merakam gambar burung)
Zon C adalah Zon Botanik yang menempatkan pokok pokok herba dan juga menjadi kajian para ahli perubatan Zon D zon yg menempatkan pokok pokok yg menjalar pokok2 hutan Keruing Tail 
Zon D Salleh Nature Trail  Zon H dipterocarp Arboratum menempatkan pokoko besar dari keluarga Dipterocarpaceae.Zon G pula menempatkan rumah traditional Terengganu  yang diangkat dari Pulau rusa,Rumah yg diperbuat dari kayu cengal yg dibina tanpa mengunakan paku, selain dari itu di Zon G juga menempatkan Picnic area tempat untuk berkelah selepas penat bercanopy walk ..
dah 30 minit berjalan kami akan memulakan pendakian Canopy walk ..jeng jeng jeng...
hoho bila dah mula mendaki aku rasa nak berpatah balik aje,,mak oiii bukit tinggi campur perjalanan yg jauh  buat aku rasa nak menitis air mata hehe, disebabkan fikir nak naik titi gantung tu aku gagahkan jua pendakian yg amat melenguhkan kaki hehe,,
sepanjang perjalanan kami ditegur sapa oleh para para jogger dan team yg sama 2 naik dan turun walkway ni...ad org tua ada budak kecik ada org tua...

tgk tu ad yg bawa ank lagi,kat depan kami ni ad satu family dari india ,antie tu naik canopywalk ni siap paki sari lagi, naik bukit curam huh   teror lah antie ni...
x bnyak gambar yg nak di snap sebb penat hehe camera ntah kat mana...jauh lagi nak sampai kat titi gantung..
sempat snap2 masa ni dah nak sampi titi gantung

                                              pokok pokok hutan

da sampi kat canopy walk way
                                         hehe perasaan gembira campur takut

kena tunggu turn untuk naik boleh naik 6 orang je sekaligus so sebelum turn kita orang.kami snap2 sekitar canopy walk ni 

melepaskan lelah sebentar hehe




acara yg dinanti naik titi gantung weeeeeee...





kat sini leh naik 6 orang aje x boleh lebih,  fuh  aku jalan slow aje aku kira kura-kura lagi laju kot, 
sambil meniti aku memandang ke bawah ,terfikir klu titi ni tetiba putus , sampi di pertengahan , aku ad terdengar bunyi papan bergesel, ase lembik kaki nak meneruskan perjalanan kaki rasa kaku 


dekat sejam juga la kat atas ni , sambil beriqtifar aku teruskan perjalanan ..
moga selamat sampai ke penghujung dah x sanggup rasa nak duk lama lama atas titi ni

akhir nya hehe syukur alhamdulillah  sampai ke penghujung jua...


masa teruskan perjalanan nak pergi picnic area , cuci tangan kat air bukit ni,, ermmm jauh lagi nak sampai picnic area..sebenarnya canopy walk hanya berpusing di sekeliling hutan itu sahaja  selepas itu kami menuruni bukit yg menghubungkan laluan yg mula mula kami lalui tadi ...hehe ..ok kami teruskan perjalanan sampi ke Zon g aitu picnic area 

map guide untuk ke picnic area
nak sampi kat sini pun dalam 10 minit naik kereta klu berjalan kaki ..hehe x tau nak cakp
kira kira 30 minit juga lah..
taraaaa..dah sampi pun ...
lepaskan lelah sambil berendam kaki 
ikan kelah dalam ni bnyak , habis kaki aku kna gigit dgn ikan ni
setelah rehat2 kami mandi ala kadar pastu terus siap2 untuk balik memandangkan hari nak hujan
sebelum sampai kat rumah guard singgah sebentar kat rumah terengganu ni.


dah puas jelajah kami pun balik dengan senang hati....hehe lain kali nk dtg lagi tp x nk naik canopy walk ag dah serik...nak kayuh basikal ,masuk taman botani dan jelajah kebun2 dalam ni pulak...
insyaalah ad mas dan dikurniakan kesihatan yang baik kami akn datang kembali di sini...











SATU HARI DI FRIM KEPONG KUALA LUMPUR

Assalamualaikum,
kali ni saya nak cite fasal beriadah kat taman layang2 kepong dan kat hutan simpan FRIM tu..
excelly dah bnyak kali mai, tapi sokmo sesat , maklumlah sy bukan org kl sejati  hehe, beberapa kali sokmo sesak x last jumpe juga ,Alhamdulillah , hari sabtu 3 hb sy datang berjogging kat sini dengan my darling hehe kul 7 pagi dah sampai, ramai nya orang hehe,,




berjoging x la lama mana pun bergambar je lebih, hehe ..maklumlah x de warm up, lari x sampai 500 m dah semput hehe , .. so dah puas bergambar kitaorang pun balik ,
dalam perjalanan nak balik kita orang singgah sekejap dekat FRIM , memandangkan dah tengahari , kita orang singgah sekejap aje dan buat keputusan nak datang semula ke esok hari nya..